April 28, 2024

SYED – Syed Jitra

Singkatan penternak : SYED

Bilangan reban : 10 (sehingga 2021)

Pemilik : Syed mohd khalil dan Syed mohd shukri 

Alamat : Jitra, Kedah, Malaysia

TEL : +60124469826 (Telefon/Whatsapp)

Email: madawilayah[AT]yahoo.com

Facebook: https://facebook.com/serama.tunjang

Penternak 2 beradik yang bertempat di utara Malaysia yang menggelarkan mereka sebagai SJ Farm ini bermula sekadar suka-suka, sebelum ini mereka membiakkan ayam serama dan kemudian beralih kepada penternakan merbuk Siam. Mereka bermula sejak tahun 2017 dengan induk suara kelas C (digelar Sattah) yang kemudiannya berjaya menjadi juara hampir 10 kali di pelbagai pertandingan seni suara merbuk dan dari situlah mereka mula membiakkan merbuk Siam dengan mengambil induk lain dari penternak TL Farm dari Thailand. 

Hasil penternakan awal mereka juga membuahkan hasil dengan menjuarai beberapa pertandingan seni suara burung merbuk di sekitar negeri Kedah dan Perlis. Melihatkan pencapaian berkenaan mereka mengambil inisiatif untuk membina lebih banyak reban ternak untuk burung suara kelas B dan C.