April 27, 2024

Cangkuk sangkar burung

Cangkuk merupakan bahagian penyangkut yang terletak pada bahagian paling atas sesebuah sangkar burung. Ia diperbuat dari besi yang diukir dengan pelbagai motif dan disepuh menggunakan tangan dan disadur berwarna keemasan atau tembaga atau perak bertatahkan batu perhiasan/permata. Penyangkut sangkar terdiri dari motif fauna seperti gajah, ayam jantan, burung merak, naga, ular, kera bersama motif flora. 
Ada juga penyangkut yang diperbuat dari kayu berkualiti yang diukir tebuk timbul bersama motif flora. Dibawah bahagian penyangkut dipanggil “labu” yang diperbuat dari kayu, tanduk kerbau betina, gading gajah, plastik resin. Kayu yang dilarik mempunyai ukiran motif flora atau ditampal sejenis cengkerang laut yang dipanggil “MUK”. Terdapat juga labu yang diperbuat dari gading gajah yang diukir tetapi sangat jarang dijumpai dan cukup mahal.