April 27, 2024

DN – Darul Noor

Sumber artikel asal: Bapak Christiyanto Nugroho Asmadi (http://infoperkutut.com)

Darul Noor ladang merbuk Pattani Thailand

Singkatan penternak : DN

Bilangan reban : 50

Pemilik : Hajjah RASHIDAH

TEL: +66817382002

Email:

Alamat : 75/2 Mawawee Yarang Pattani 94160 Thailand.

Facebook :

DN Farm  https://www.facebook.com/profile.php?id=100008677360112

A-reef Chewae  https://www.facebook.com/areef.chewae

Ladang ternak burung merbuk DN wilayah Selatan Thailand ini merupakan antara perintis awal penternakan dan merupakan bukti yang mencatat kejayaan sehingga menjadi sebuah industri yang menyumbang pada ekonomi Thailand secara tidak langsung. Diasaskan oleh Haji Hamzah (telah meninggal dunia) pada tahun 1980an dan kini diterajui pula oleh anak beliau dibantu ibunya Hajjah Rashidah sebagai meneruskan kegemilangan warisan keluarga yang pernah mencacat kegemilangan Darul Noor di zaman emas suatu masa dahulu.

Anak hasil ternakan ladang Darul Noor ini pernah menjadi juara pertandingan seni suara burung merbuk di Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura dan menjadi buruan para penternak dan peminat burung merbuk untuk dimiliki dan dijadikan “genetik asas” induk burung ternak disebabkan kualiti suara yang bagus — air suara tebal dan hujung panjang. Nama ladang ternak Darul Noor merupakan nama yang gah suatu masa lalu. Ini adalah hasil dari perkahwinan silang dengan induk dari ladang ternak lagenda juga iaitu SDP milik Allahyarham Sudin Pujud di Pattani.