April 27, 2024

Burung Merbuk

 

Merbuk atau Geopelia adalah satu genus kecil burung merbuk yang bersaiz kecil dan berekor panjang. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia dan biasa ditemui di kawasan terbuka dan semak samun. Diet makanannya tertumpu pada bijiran dan anak benih yang ia temui semasa mencari makanan di atas tanah. Merbok biasanya bertelur sebanyak dua biji di dalam sarang yang ringkas yang terbuat dari ranting dan rumput. Bulunya kebanyakan berwarna kelabu-perang dengan satu corak titik atau garis. Merbuk Balam dan merbuk Berlian merupakan dua spesies yang biasa dibela dalam kurungan.

Merbuk adalah sejenis burung yang jinak dan boleh dipelihara di dalam sangkar terbuka. Suara burung merbuk amat merdu. Di dalam semak atau belukar, kita boleh lihat burung merbok terbang berdua-duaan. Burung ini sentiasa sahaja berpasangan. Jika seekor burung kita pelihara dan seekor lagi mati, tidak lama kemudian burung kedua akan mati juga.

Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Subkeluarga: Columbinae
Genus: Geopelia