April 27, 2024

KLM – Hassan Mahamood

Singkatan penternak: KLM

Bilangan reban: 14 ?

Pemilik: Hassan b. Mahamood

Alamat : Jalan Demuk 98, Ngunut Tulungagung – Indonesia

TEL: +6282173424642 (Mas Edy)

Facebook : https://www.facebook.com/abesoh.klm

Ladang ternak KLM di Tulungagung ini diasaskan oleh bapak Hassan (dipanggil juga Bapak Yusuf Kelantan) yang merupakan anak jati Kelantan yang berhijrah ke Indonesia sejak tahun 1993. KLM yang bermaksud Kelantan Mas. Beliau sejak zaman mudanya merupakan peminat tegar burung merbuk dan tekukur dan mempunyai hubungan rapat dengan penternak di wilayah Selatan Thailand.

Selepas menetap dan seterusnya berkahwin serta membuka ladang ternak di Indonesia, beliau kerap berulang alik dari Indonesia ke Malaysia dan Thailand dengan membawa masuk induk burung berkualiti untuk dibiakkan di Indonesia. Di Indonesia, beliau telah memperturunkan ilmu menternak dan menilai kualiti suara burung merbuk dan tekukur pada sahabatnya di Indonesia iaitu Bapak Sawal dan Bapak Guru.

Ladang ternak KLM kini diuruskan oleh anaknya Mas Edy.

NOTA: Bapak Hassan telah meninggal dunia di Hospital Kota Bharu Kelantan pada 5 September 2019

“Harimau mati meninggalkan belangnya,

Manusia mati meninggalkan namanya”