Sumber artikel asal: https://terkukurmerbuk.blogspot.com & https://suaramerbuk.blogspot.com
- Pokok Asin-asin / pucuk manis atau Sauropus androgynus (https://www.gbif.org/species/6109767 )
- masukkan pokok asin-asin ke dalam bekas air minuman burung. Pokok ini banyak terdapat di pasar tempatan dan masyarakat Melayu biasanya memasak daun pucuk manis ini sebagai ulam. Kegunaannya juga seperti pokok saga kendi, petua ini saya perolehi semasa ke Kelantan beberapa tahun lepas.
2. Rumput tahi babi atau Ageratum conyzoides (https://en.wikipedia.org/wiki/Ageratum_conyzoides)
- suapkan 3 helai daun rumput tahi babi selama 3 hari kepada burung (digentel bulat cukup halus). Ia amat sukar dicari dan saya masih belum tahu namanya dalam bahasa Melayu. Pakar daun ini En. Ah Fat di padang Ampang. Dipercayai boleh menggalakkan dan meningkatkan stamina burung.
3. Daun Hempedu bumi atau Andrographis paniculata (https://www.gbif.org/species/3173178)
- berikan daun hempedu bumi (digentel bulat cukup halus) kepada burung. Pokok yang pahit ini begitu baik juga untuk manusia sebagi mengubati penyakit kencing manis, juga jika diminum air rebusannya dapat menghilangkan panas badan. Daunnya diambil dan digentil sebesar biji kacang hijau, berikan pada burung 3-5 butir. Kaji burung anda, berapa biji untuk menbuatkannya galak pada keesokkan hari.
4. masukkan tahi lembu yg baru ke dalam bekas minuman burung pada waktu pagi dan buang waktu petang. ulang selama 3 hari.
5. Daun pokok Ati-ati atau Solenostemon (https://www.wikiwand.com/ms/Pokok_Ati-ati)
- Suapkan daun ati-ati (digentel bulat cukup halus) selama 3 hari kepada burung. Pokok ini adalah antara pokok wajib yang saya gunakan. Caranya, sehelai daun ati-ati sebesar duit siling 50 sen, dibelah tiga dan digentel sehingga sebesar kacang hijau dan di suap pada burung setiap minggu, bersama 6-10 biji kacang hijau. Dipercayai dan terbukti ianya dapat menyihatkan dan meningkatkan stamina burung. Juga baik untuk burung yang sakit, selalu monyok (mengembangkan bulunya).
6. Daun Saga Kendi atau Adenanthera pavonina (https://www.gbif.org/species/2951846)
- Pokok yang menjalar ini diambil daun yang muda sebanyak 5-7 helai digentel menjadi sebesar biji kacang hijau dan di suap kepada burung kesayangan. Dipercayai ianya dapat meningkat kemerduan suara, lunak dan mudah menekan kerana getah yang licin dari daun saga kendi tersebut. Pokok ini jika digigit, kita akan merasa manis beberapa saat selepas itu, digunakan oleh masyarat Melayu lama untuk pegganti perasa gula di dalam mulut (minum air kosong selepas menguyah daun ini dapat merasakan kemanisannya).
7. Daun Petola Hutan/ Liar atau Aristolochia tagala Cham (https://www.gbif.org/occurrence/665710710)
- Hanya petola liar digalakkan (menurut empunya petua, Hj. Yaakob, Klang). Buah dari pokok Petola ini kecil sebesar 2 kali ibu jari berbanding petola yang kita makan. Pucuk dari pokok diambil dan disuap sama dengan cara-cara diatas. Ingat, kaji burung anda.
8. Daun Ketumbit / patah kemudi atau Emilia sonchifolia (https://www.gbif.org/species/5401598)
- Cara dan kebaikannya sama seperti Pokok Saga Kendi dan Pucuk Manis, juga dapat menyihatkan burung.
9. Daun Pokok Jepun / daun kapal terbang atau Eupatorium odoratum (https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Selaput_Tunggul)
- dipercayai dapat mengubati penyakit burung dan menyihatkan burung. Ambil daun dan gentil tiga butir disuap kepada burung selang 2 hari sehingga penyakit hilang.