Sumber artikel asal: https://terkukurmerbuk.blogspot.com
Suara burung merbuk boleh dikelaskan kepada suara A, B dan C. Suara A melibatkan burung yang bersuara garau dan kasar (suara base), suara B ialah suara peringkat pertengahan dan suara C bagi burung yang memiliki suara nyaring. Harga sesekor burung merbuk bukanlah terletak kepada kategori tetapi kepada mutu suara yang dihasilkannya.
KRITERIA SUARA MERBUK TANDING
Kualiti suara burung merbuk tanding boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti suara depan, suara tengah, suara hujung, air-suara dan irama atau melodi.
Air Suara
Air suara merupakan kelantangan bunyi suara yang dihasilkan. Suara burung yang lantang dan stabil merupakan yang terbaik.
Suara Hadapan
Suara hadapan yang baik ialah suara depan panjang mengalun atau menjerit seperti melempar (klauu..uu, wauu..uu ) sebaliknya suara depan yang tarikannya pendek adalah kurang baik. Suara Tengah Ketukan suara tengah harus jelas terkesan suara tersebut terpotong-potong antara satu ketukan dengan ketukan yang lain. Pada masa ini ketukan yang panjang menjadi kesukaan, minimum 4 ketukan, paling penting bunyi ketukan mestilah jelas kedengaran.
Suara Hujung/Kung Suara hujung
adalah suara akhir suara burung merbuk. Suara hujung atau kung yang baik adalah suara yang menggaung panjang mantap dengan nada gema menaik. Trend sekarang ialah burung yang mempunyai suara hujung yang menggelunsur (Tolak) yang panjang.
Irama Irama yang di maksudkan adalah keserasian antara suara depan suara tengah dan suara belakang. Irama boleh diibaratkan sebagai melodi dalam sesebuah lagu. Irama yang indah menjadikannya sedap di dengar hingga rasanya ingin mendengar berulang kali.
Ciri-Ciri Yang Mesti Ada Pada Burung Merbuk Untuk Pertandingan
Dari segi pengamatan saya, ciri-ciri yang diperlukan adalah berbeza menurut kawasan pertandingan. Jika dipantai timur, Ciiri-ciri berikut adalah sangat penting untuk di beri perhatian:
(a) Mutu Suara
(b) Rajin
Ini adalah kerana disebelah Pantai timur masa pertandingan adalah singkat dan pengadil mengadili kesemua burung secara serentak. Jika seseekor burung itu bersuara merdu, walaupun tidak rajin tetapi semua pengadil dapat mendengarnya maka ia berpeluang untuk menjadi johan. Ia adalah amat berbeza dengan tempat-tempat lain seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka dan Johor dimana pertandingan dijalankan sebanyak 4 pusingan. Ciri-ciri berikut adalah sangat penting: a) Rajin (b) Suara Keadaan disini adalah amat berbeza kerana sekiranya seseekor burung itu bersuara merdu tetapi berbunyi tidak cukup pusingan maka ia akan kalah kepada burung yang bersuara kurang merdu tetapi berbunyi 4 pusingan penuh.
Perangai yang baik
yang saya maksudkan adalah sifat burung itu terutamanya semasa pertandingan. Cotohnya ada burung yang kurang berbunyi di rumah tetapi rajin semasa di padang dan ada yang akan galak berbunyi bila ada pengadil/ perserta berhampiran tiang, sesetengah burung akan berhenti berbunyi jika ada orang menghampiri tiang. Kurangnya burung berbunyi di rumah juga satu kelebihan kerana suaranya akan lambat turun (bahasa pasar orang kat padang), maksudnya suara boleh bertahan lama. Burung juga ada yang akan galak/ form/ power masa pagi, ada yang bila terik matahari dan yang terbaik yang tidak mengira cuaca serta persekitaran, selalunya burung yang telah berusia (otai). Jadi perangai burung itu juga memainkan faktor yang penting.