Sumber artikel asal: https://zebraspotteddove.blogspot.com
Ketika mula-mula saya berjinak-jinak dengan bermain pikat ni..memang semua nya kena beli. Seperti tali kaki dan racik beli yang dah siap kat kedai. Tentang beli tu takpe lagi tapi pembuatannya memang hancus tak puashati. BH(burung hutan) seringkali terlepas bila dah kena racik. Dan tali kaki pulak tak sampai setahun dah mereput.Perkara beginilah yang membuatkan saya bertekad untuk buat sendiri. Pada masa tu, ramai jugak yang tahu buat racik dan tali kaki cuma ada sesetengah mereka ni ‘kemut’ atau kedekut ilmu.
Bagi mereka pembuatan mereka adalah trade mark mereka tak boleh ditiru atau dimiliki oleh orang lain.Kalau ada yang nak bagi tunjuk ajar pun, macam taknak bagi je..ajar lain bila balik rumah buat jadi lain. Nampak sangat tak ikhlas kan..! Untuk nak jadikan cerita, saya kenal dengan seorang kaki pikat(Wan-MAS) dari kg. melayu subang. Kami kenal semasa saya pergi mikat di sg.buluh. Waktu tu, sg.buluh memang tumpuan pemikat diseluruh lembah klang. Tanya saja otai-otai yang duk di Kuala Lumpur pasti dia orang tahu sg.buluh. Sg.Buluh bukan saja terkenal dengan banyak BH yang berbagai pesen(gaya) bunyi malah ianya satu port tempat kaki-kaki berkumpul sambil mengajar BB(burung baru) mereka. Wan bukan saja dah lama main pikat tetapi pandai segala macam pembuatan eksesori pikat.
Cakap saja pasti dia boleh buat. Dengan Wan lah saya berlajar buat racik dengan tali kaki. Keramahan Wan serta budi bahasa yang tinggi membuatkan saya mudah untuk berlajar dan memahami apa yang dia ajar Wan. Dia memang tidak kedekut ilmu, tanya saja dia pasti ajar. Kami putus hubungan(contact) setelah saya meninggalkan arena memikat kerana waktu itu tumpuan saya lebih kepada burung merbok tanding. Bila dah mula balik memikat ni, saya cuba untuk mencari Wan di kg.melayu subang tapi dia dah pindah. Nasib baik jiran ada menyimpan no h/p dia. Saya pun set untuk berjumpa dengan Wan. Rupanya dia masih lagi aktif memikat macam dulu. Apa lagi, kami pun set lah gi mikat sama nanti. Mungkin banyak lagi yang masih perlu menimba ilmu dari Wan. Kita tunggu nanti….