Sumber artikel asal: https://terkukurmerbuk.blogspot.com
Merbok yang banyak derak.
Bulu plak hitam yang berbelang-belang di bahagian bawah ekor.
Burung yang hendak dipilih sebagai pemikat perlulah diperhatikan dibahagian ini. Burung 1 dan 2 kelihatan berbeza bulu plaknya.
Bulu plak yang lebih tebal dan banyak menunjukkan burung itu lebih banyak deraknya semasa berhadapan dengan lawan.
Sisik
Kepercayaan bahawa burung ketitir boleh membawa tuah atau sebaliknya kepada tuan yang memelihara di lihat berdasarkan bilangan sisiknya. Di sesetengah tempat, sisik yang pecah dicantumkan menjadi satu manakala di sesetengah tempat pula sisik yang pecah diambil kira sebagai satu. Bagi bilangan sisik hadapan, sisik dari jari tengah sehinggalah ke pangkal lutut sahaja dikira. Bilangan sisik di bahagian kaki kiri dan kaki kanan akan ditambah untuk menentukan bilangannya.
Biasanya bilangan sisik yang digemari pemikat ketitir ialah 32, 33, 34, 35, 37, 39 dan 40. burung ketitir yang mempunyai sisik 37 adalah burung yang paling baik untuk dijadikan pemikat, Mudah mendapat lawan, tak memilih lawan, tak memilih tempat atau pokok untuk beraksi….tetapi praktikalnya ada yang mengatakan kurang menjadi, Kadang-kadang ada juga sisik selain sisik 37 boleh dijadikan pikat yang baik tak meragam, tak pilih laman, tak pilih lawan (Tepuk dada tanya selera).
Burung ketitir yang mempunyai sisik 33 pula adalah burung yang sukar diperolehi., malahan jika ada pun harganya mungkin mencecah ribuan ringgit, ini kerana ia dianggap sebagai raja burung merbok, mempunyai tuah yang baik kepada pemeliharanya.
Ada juga petua yang diperturunkan tentang aktiviti memikat burung yang bersisik 33, Jika pemikat mendapati bahawa burung yang berjaya dipikat ini mempunyai sisik 33 maka beberapa perkara yang berkaitan amalan dan pantang larang yang perlu dipatuhi untuk memastikan aura burung ini tidak hilang semasa dalam peliharaan.
Kesimpulanya burung yang mempunyai sisik 32, 34, 35, 37, 39 dan 40 adalah burung yang boleh menjadi pemikat yang baik jika kena tempat duduknya dan cara tuannya menjaga.
Burung ketitir yang mempunyai bilangan sisik 36, 38 adalah burung yang dianggap tidak membawa tuah. Kebiasaanya penggemar ketitir akan melepaskan semula burung yang mempunyai bilangan sisik seperti ini. Ada juga pemikat yang memeliharanya kerana burung ketitir yang bersisik 36 dan 38 ini adalah burung yang mempunyai suara yang kasar / besar dan merdu namun ada beberapa syarat biasa dipenuhi oleh mereka.
Sisik
burung ketitr yang mempunyai bilang sisik 41, 42, 43 adalah burung yang lebih sesui untuk dipelihara di rumah sahaja kerana suaranya yang kebiasaannya merdu. Namun untuk dijadikan pemikat dianggap kurang sesuai kerana sukar untuk mendapat lawan. sisik jari belakang harus yang mempunyai bilangan sisik yang seimbang antara jari belakang sebelah kiri dan kanan. Pemikat biasanya akan cuba mendapatkan burung yang mempunyai bilangan sisiknya 7 sebelah kiri dan 7 sebelah kanan. Namun agak sukar untuk mendapatkannya.
burung yang bersisik 33, sisik 44 juga adalah antara burung diburu oleh penggemar ketitir. Burung ketitir yang mempunyai sisik 44 ini dianggap sebagai burung yang mempunyai aura yang kuat. Ia dianggap mempunyai aura penyeri rumah, pelaris dan keceriaan. Sebab itulah sarang burung ini biasanya digantung atau dipelihara di dalam rumah.
Paruh Ketitir.
Kebiasaan pemikat burung akan memilih burung yang mempunyai paruh yang kecil dan pendek. Mereka percaya bahawa paruh yang pendek dan kecil adalah tanda kepada seekor pemikat yang baik dan rajin berkerja.
Lubang Hidung.
Penggemar merbuk yang mementingkan suara yang kasar dan lunak biasanya akan memerhati saiz lubang hidungnya. Ianya hanyalah sebagai panduan untuk menentukan seseekor ketitir itu bersuara kasar atau kecil. Bagi lubang hidung yang lebih besar, suaranya akan pasti lebih kasar atau besar berbanding lubang hidung yang kecil. Saiz lubang hidung ini penting kepada peminat sekiranya ingin memilih burung untuk dibeli . Ini kerana burung yang dipelihara di dalam kandang biasanya jarang berbunyi. ini menyukarkan kita untuk memilih yang bersuara kasar yang dianggap lebih merdu.
Alis Mata
Alis mata atau kelopak mata adalah faktor yang sangat penting, Pilihlah alis mata atau kelopak mata yang berwarna biru kerana cepat jinak, jangan pilih kelopak mata yang berwarna hijau, kuning, pucat dan lain-lain tetapi jika suaranya merdu boleh juga dibela, Cuma perlu mengambil masa yang lama untuk menjinakkannya. Tidak ramai yang menyedari bahawa alis atau kelopak mata burung ketitir memainkan peranan yang penting dalam pemilihan pemikat yang baik. Alis mata menjadi panduan untuk memilih pemikat yang tahan dan sukar kalah bila berhadapan dengan burung hutan yang garang. Ada pemikat yang memelihara bertahun2 dan dapat menangkap banyak burung hutan namun apabila berhadapan degan burung hutan yang cerdik dan tidak mahu terjun ke anggar jebak ai tidak dapat bertahan lama dan kalah. Tanda pemikat yang kalah ialah ia tidak tidak berderak, lebih banyak melara iaitu bunyi seperti seekor burung yang kalah malah kekadang terus tidak berbunyi berhari-hari setelah balik ke sarangnya. Keadaan ini biasanya menyebabkan pemikat akan naik darah dan kecewa.
Menjinakkan Merbuk
Ambil akar kucing galak rebuskan, masukkan ke dalam bekas minum burung,biarkan seharian baru Salin airnya dengan air biasa ulang setiap minggu, dalam 6 bulan ketitir itu akan mula jinak. Ada juga petua menggunakan daunnya, digentel sehingga bulat sebesar kacang hijau dan suapkan kepadanya sebanyak 3biji seminggu sekali… cara yang lain adalah dengan memandikannya seperti memandikan ayam sabung setiap hari selama seminggu, selepas itu seminggu sekali..
Kepercayaan mitos
burung ketitir jika dibilang ekornya sebelas. Inilah Menteri Burung namanya, terlalu baik sesiapa yang memeliharanya di rumah, dijauhkan Allah taala bala ke atas tuannya. Jika dibilang ekornya lima belas itulah Raja Burung dan sesiapa yang memeliharanya di rumah rumah itu tidak akan dimakan api. jika tubuhnya junjung baik jika ada matanya besar baik dan jika ada kuku jarinya putih itu bertuah jika matanya merah itu pun bertuah dan matanya berkuri itu pembunuh